17/11/14

khadeeja; the prolonged jaundice baby - apa nak buat bila baby kuning 2

Sila belek previous entry untuk part 1; Dasar pemalas kau, Fara!

Kalau ikutkan rasa marah, memang rasa nak tumbuk je muka doktor. Cara dia counter kita macam kita bodoh sangat-sangat. Kata-kata dia betul buat kita rasa down. Atau saya je yang terasa? Maklumlah, emosi mommy dalam pantang selalunya tak berapa nak stabil. Huhuhu! Alhamdulillah, saya cuma diam. Dalam hati asyik pujuk diri sendiri dengan istighfar. Saya tak nak tunjuk perangai buruk depan baby. Sobs!

Dalam kita pujuk hati, doktor makin galak pula simbah kita dengan api; Sepatutnya you susukan anak selang setengah jam. Jangan suka-suka nak kata doktor suruh susukan anak selang 2 jam. You faham ke tak apa yang I cakap ni?Jangan malas nak susukan anak. Jangan biarkan bacaan naik lagi. Masa tu, airmata dah rasa bergenang-genang. Mujurlah ada airmata, biar lepas semua rasa marah. Serius, saya masih ingat dialog doktor tak ada perasaan tu. Dahlah kena counter, misi pula batu api. Asyiklah menyampuk benda-benda yang menyakitkan hati. Heh!

Bila dah bergenang airmata, hati meleret-leret sayu. Kenapalah ringan mulut kata kita malas nak susukan anak ya? Dah tentu saya sayangkan dia. Penat bersalinkan dia pun belum hilang lagi. Tak sempat pulih pun. Apalah kuasa kita nak kurangkan kuning anak? Macam mana nak halang bacaan bilirubin anak naik lagi? Saya Tuhan ke? Aduh mak! Mungkinlah dia, doktor yang tak rela langsung berkhidmat untuk masyarakat dan khususnya kerajaan. Mungkin disebabkan hal itu, dia rasa stress dan demotivated. Dia tak nak hiraukan psikologi pesakit. Dia tak nampak yang saya gigih jalan meleret dengan kaki berstokin tebal, berkain batik dan badan berbalut cardigan tebal keluar masuk hospital demi anak tersayang. Lagi dia kata saya pemalas? Pffttt!

Habis consultation dengan doktor, saya mengadu pada Mak. Sampai terjurai-jurai airmata. Oh, my! Jangan bayangkan muka saya bila menangis. Hakikatnya memang buruk habis. Hahahah! Nasib baik ada Mak. Dialah yang setia berkongsi kesedihan saya. Mak saya yang dulunya masa saya muda-muda remaja, suka melawan cakap. Sobs! Mak tegur minta saya berhenti menangis sebab boleh buat meroyan. Ok. Saya tak nak jadi gila. Terus kesat airmata sambil dalam hati asyik beristighfar. 

Jujurlah saya cakap, tempoh pantang saya adalah tempoh paling penat. Saya tak cukup tidur. Malam-malam hari, saya bersengkang mata kejutkan Khadeeja semata nak menyusukan dia. Selang setengah jam, memang saya paksa dia menyusu. Macam mana rasanya mengejutkan anak jaundice dari tidur? Seksa, kan? Tak nak bangun langsung. Dah dibogelkan pun, dia tetap lena tidur. Aduhai! Sayalah yang tersengguk-sengguk menahan mengantuk sambil menjeling ke arah Aydin yang sedap tidur tanpa gangguan. Haih!

Bersambung...

8 comments

Sedih dan rasa marah pulak kakak baca N3 ini Fara. Anak kakak no. 2 dulu pun jaundice selepas seminggu balik dari hospital. Tapi nasib kakak baik sebab kakak dealt dgn hospital swasta so treatment dia tip-top. Tak ada ceramah-ceramah tapi anak terus dibawa masuk bilik lain dpt rawatan rapi. Kakak duduk dlm wad walau tak sakit. Sampai masa nurse dtg bawa baby utk disusukan...

uhuks..i feel u babeh..

17/11/14

Semoga dipermudahkan..

17/11/14

Sedih saya baca entry ni.. tak patut doctor dengan nurse tu cakap macam tu.. dan Alhamdulillah Farra tak cepat melatah walau rasa nak marah je pada doctor tu.. (saya pulak yang jadik geram)..
Takpelah.. yang penting dak Khadeeja sihat Alhamdulillah..

17/11/14

Pengalaman..pengalaman sebagai ibu...
Jenuh nak kejutkan, Khadeeja tak bangun.,.tapi nanti lepas 2-3 bulan, jenuh pulak si ibu asyik kena bangun bangun malam sebab Khadeeja asyik bangun! :P

2 faktor saya nampak dalam isu ini:

- doktor & nurse yg kurang memahami psikologi pesakit
- perasaan ibu post partum yang mudah sensitif

aduhai fara..kalau saya pun mau berjurai air mata kat situ gak bila dituduh PEMALAS!

Be strong Fara..

17/11/14

nak cerita pasal doktor ni kan..
ada sorang doktor di hospital temerloh yang sangat kurang ajar..
rasa macam nak sebut aje nama dia, dia kurang ajar masa arwah mak tengah nazak, takpe Allah Maha Adil..
Kes Fara ni pun memang tak patut lah doktor tu..tapi itulah kan, sabar tu harta paling bernilai dalam hidup ni.
kadang-kdang akak sendiri tak dapat nak jaga harta bernilai ni..

17/11/14

sedihnya..mujur saya tak de pengalaman pahit dengan doktor dan nurse masa dalam pantang..kenapa ye diaorang bersikap macam tu..sebab diaorang doktor ke?/huhu..

Catat Ulasan