18/11/14

khadeeja; the prolonged jaundice baby - apa nak buat bila baby kuning 3

Sila belek previous entry untuk part 2; Tak jauh, dekat je. Heheheheh!

Dugaan datang lagi. Kali ni melibatkan orang luar, bukan doktor. Masa tu, kami minum pagi di kafeteria hospital. Mak terserempak dengan kawan lama. Bila dah berjumpa, mulut pun sibuk nak mengepoh; Anak awak kuning ke? Berapa kuningnya? Dah berapa hari? Cucu saya pun kuning. Awak kena selalu susukan anak tau. Saya selalu paksa anak saya susukan baby. Sampai dia merungut sakit belakang sebab banyak kali susukan anak. Sekarang ni, Alhamdulillah cucu saya dah normal. Saya mengiakan dan menyengih je. Plus, dia menambah perisa dengan kata-kata yang menyakitkan hati; Maknya malas ni. Mesti asyik tidur je. Sambil tepuk bahu saya. Peh! Macam mana nak cakap ya? Kalau saya bukan dalam pantang, bukan setakat makcik ni yang kena tapi doktor dalam hospital tu pun memang dah lama saya 'tembak'. Tapi saya fikir, baby boleh dengar suara mommy-nya. Istighfar lagilah jawabnya! Aduh!!!

Siapa kata saya asyik tidur? Tempoh pantang saya (Aydin dan Khadeeja) bukan masa berehat pun. Saya tak berehat. Saya tak ada waktu tidur khusus. Selalunya lebih pada napping. Walaupun Khadeeja banyak tidur tapi saya tak boleh. Saya sangat aware dengan waktu menyusu Khadeeja. Disebabkan dia jaundice, jadi saya kena pastikan dia aktif buang air. Alhamdulillah, Khadeeja sebenarnya normal baby! In fact, jaundis Khadeeja adalah jaundis fisiologi. Dalam ertikata lain, jaundis yang normal. Walaupun prolonged jaundice.

Tapi tak semua pun doktor pentingkan perasaan sendiri. Malah, hanya seorang itu je yang melayan pesakit macam pffftt! Lain-lain, semua ok. Dan paling tak boleh lupa, 2 orang doktor yang saya rasa macam; Indahnya dunia kalau semua doktor macam kamu. Hahahahah! Dramatik, kan? Tapi jujur saya kata, mereka sangat-sangat baik. Walaupun penat melayan patient yang pelbagai ragam tapi kesabaran mereka tu, saya puji sangat-sangat. Mulianya hati, haih! Moga Allah balas dengan 1000 kebaikan pada mereka.

Bersambung...

5 comments

18/11/14

Adik saya anak dia pun kuning jugak, so far alhamdulillah..Dah ok dah, pedulikan kata orang, mestilah kita tau yang terbaik untuk anak kita kan...:)

18/11/14

Adakala kata2 orang tua tu lebih pada gurauan tapi sebab kita dah memang tengah sensitif maka langsung tak boleh terima apa yang makcik tu cakap.. huhuhu.. cumanya lebih elok berdiam diri.. ;)

18/11/14

memang sume baby lahir slalunye ade kuning eyh kak??

18/11/14

untung la kalau dalam pantang ibu2 boleh tidur lena..lagi2 kalau anak tak sihat..erm..saya kalau ingat bab pantang tu yang buat saya malas nak mengandung..ekekekk

19/11/14

masa dlm pantang memang rasa sensitif, down kdg2...mcm2 perasaan dlm hati ni dengar kan...dlu masa brsalin ahmad, menangis sorang2 sebab terasa orang2 kata sape yg bersalin c-ser ni ibu yg lemah..sedih sgt..terasa smp lubuk hati..pedih benar..tp bila kenangkan anak..lahaiii..anugerah paling indah..org boleh cakap aje..

Catat Ulasan