19/11/14

khadeeja; the prolonged jaundice baby - apa nak buat bila baby kuning 4

Sila belek previous entry untuk part 3.

Sebelum Khadeeja didiagnos prolonged jaundice, saya agak stress juga dengan orang sekeliling yang mendesak saya ikut pada petua-petua lama. Saya mengaku yang saya bukan doktor. Tapi saya cuba juga untuk ambil tahu dengan membaca. Kuning akan berkurangan bila baby dapat menyusu dengan baik dan secukupnya. Bilirubin akan disingkirkan dari tubuh melalui najis baby. Itu saja. Bukan paksa baby minum susu kambing. Bukan paksa baby minum jus anggur. Bukan paksa baby minum air zam-zam. Bukan paksa baby mandi dalam air daun petai belalang. Atau daun ceremai. Atau daun belimbing buluh. Lagi parah, mandi dalam air Sunquick. Dan bukan paksa mommy dan baby berjemur bawah matahari. Sobs!

Saya mengaku, saya selalu juga didesak orang tua sendiri supaya ikut petua lama. Terutama Ayah. Hehehehe! Saya pernah argue tapi bila dah sekali dia kata; Ikhtiar sajalah. Inshaa-Allah, Allah bantu kita. Erk! Cara dia bercakap walaupun lembut tapi nadanya keras. Agaknya sebab saya degil sangat kot? Hahahaha! Saya terpaksa ikut walau endah tak endah. Sumbatlah Khadeeja dengan air zam-zam, susu kambing dan jus anggur. Uwaaaa! Sedih tengok anak mommy. Dahlah bersuap dalam keadaan tidur. Macam mana tu? Dalam masa yang sama, saya tetap explain dan pertahankan kebaikan susu sendiri. Hahahahah! Nak menang juga, kan? Hakikatnya, susu ibu adalah antara ciptaan Allah yang paling menakjubkan dalam menyembuh. Lama-lama, orang tua saya faham. Saya tetap minumkan Khadeeja dengan susu kambing, air zam-zam dan jus anggur MELALUI susu saya sendiri. Bermakna, saya yang kena tala benda tu semua. Kalau anggur tu, memang favorite-lah. Saya dan Aydin berebut makan anggur sama-sama. Tapi bab susu kambing tu, argh!!

Walau apapun, mesti ikut arahan doktor. Walaupun terpaksa mengHADAP doktor yang hampeh dan prosedur hospital yang meletihkan. Jaundice bukan perkara remeh. Saya sendiri tak pernah tinggal schedule yang diberikan doktor, dari Batu Pahat membawa ke KL. Sampailah bacaan bilirubin turun pada paras normal, baru saya berhenti. Nampak remeh dan meletihkan tapi itu jelah daya kita demi anak.

Well, mommies! Saya harap entri saya ni boleh menyedapkan hati mommies semua yang mungkin mengalami situasi sama macam saya, sepertimana saya pernah lega bila membaca entri blogger-blogger yang mengalami pengalaman yang sama. Sangat-sangat tak ternilai.

Khadeeja sah normal bila usianya genap 38 hari. Dia bukan budak kuning lagi. Alhamdulillah!

2 comments

Tapi susu kambing memang berkesanlah Fara. Cuma mungkin Fara yg takut itu yg Fara tak bagi Khadeeja direct tapi Fara yg consume. OK juga ye..

fuh....baca dgn penuh tekanan..last sekali baru boleh tarik nafas lega!

Catat Ulasan