2/12/14

apa itu aff suzuki cup?

Err, boleh tak saya nak cakap sikit? Cuma nak kongsi information tentang AFF Suzuki Cup. Apa itu AFF? AFF adalah ASEAN Football Federation, yang merupakan kejohanan bolasepak antara negara-negara Asia Tenggara. Pada mulanya, ia dikenali sebagai Tiger Cup yang mana ia ditaja oleh syarikat beer yang berpengkalan di Singapura. Dimulakan pada tahun 1996 (tuan rumah of course Singapura juga) dengan nama Tiger Cup sehingga 2004. Dan kemudian pada tahun 2007, syarikat automotif Jepun iaitu Suzuki telah membeli hakcipta nama dan terus menaja kejohanan hingga ke saat ini.
 
Kejohanan ini berlangsung pada setiap 2 tahun sekali dan Malaysia hanya pernah memenangi sekali iaitu pada tahun 2010 di bawah kendalian K. RAJAGOBAL. 4 tahun yang dulu, ok! Dan kini buat kali ke 6, Malaysia berada di kelompok semi-finalist setelah mengalahkan juara bertahan Singapura sambil ditemani lagu Taufik Batisah - Awak Kat Mana yang dialih lirik, Keeper Kat Mana. Heheheh~
 
Kalau kita aware, sejak bertukar nama kepada Piala AFF Suzuki, Thailand belum pernah menjuarai piala ini. Padahal sebelum ni, mereka mendominasi kejuaraan sambil menayang wajah riak dan bangga setiap kali dapat cium piala. Pada edisi lepas (2012), Thailand terlalu terdesak untuk merampas kembali piala dan gelaran gergasi Asia Tenggara. Mereka mendapat sokongan pihak referee dari Korea Selatan demi kemenangan dengan cara berat sebelah. Dan menyebabkan pemain x-Harimau Muda bernama Fadhli Shas menangis di tepi padang setelah dilayangkan kad merah secara tiba-tiba. Hahahaha! Ingat lagi tak kejadian itu? Mesti tak ingat, kan? Puii!
 
Ok. Adalah penting untuk kita tahu apa itu Piala AFF Suzuki ni (basic je ni), lebih-lebih lagi kaum-kaum perempuan sebab kita tak nak dilabel sebagai tengok bola sebab footballer yang ganteng-ganteng. No-no! Dahlah kita buta taktikal dan teknikal. Takkan sejarah pun nak jadi buta juga, kan? Bila orang cerita pasal bola, at least kita boleh menyampuk dengan fakta. Bukan main cakap je. Malu oi! Bluek!
 
Di mana saya dapat tahu mende alah information ni? Of course Mr. Google. Tak susah. Senang je. So kesimpulannya, cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.

10 comments

ganteng tak ganteng tak minat gak tgk kecuali beckham je acanne..hehehe..

Mudah2an pasukan Harimau Malaya (betul ke nama tema ni? hehehe) dapat mara hingga ke final atau terus menjuarai piala ini... :)

thanks info ringkas, sesuai utk saya yg zero psl bola. Dapat suami pun sama-sama tak minat bab bola..mmg blur jadinya.

tu pasal saya jarang komen kalau ada blogger ckp psl bola, sbb tak tau apa. Paling2 pun, saya terus terang ckp tak tahu.

2/12/14

#BringItHomeMY

AFF tu kakak tahu Fara tapi nama Suzuki dpt baru kakak tahu bila baca N3 ini..

2/12/14

hehehe..saya tak nyempat nak tengok tv skang ni..

2/12/14

Ok..baiklah..saya faham cikgu..:)

Moga pasukan Malaysia berjaya membawa pulang Piala AFF.. Moga dipermudahkanNYA.

Ok, mekasiih for the info. Kbai.!

Hehehe.. aku baru la teringat yg dulu ada Tiger Cup, tapi tak pernah plak aku rasa pelik bila tetibe tak dengar nama Tiger Cup tu lagi skrg. Jd, ini la jawakpannya ye.

tak minat
tetap kena amik tau gak

pengetahuan am juga ni
tak la ternganga bila org cite

Catat Ulasan