Semalam, saya busy bee. Sudah ada new task. Sudah pikul tanggungjawab baru. Tapi increment, tidak dijanjikan. Tak apa. Saya tak kisah. Kalau ada, rezeki Allah. Kalau tak ada, plan B masih ada. Walaupun masih tak nampak depan mata tapi esok lusa pasti Allah permudahkan urusan kita semua.
Budaya kerja di sini walau appraisal bagai nak rak. Walau sistem bertukar ganti. Tapi siapa yang pandai mengipas, jaminan maksimum. Hahahaha! Bukan suka-suka kata tapi itulah hakikatnya. Hakikat yang manusia memang suka dipuji dan diambil berat. Tapi baik hati pun, bersebab; Kalau aku puji kau, kau mesti beri aku sesuatu yang menyenangkan. Kalau aku ambil berat tentang kau, kau mesti balas dengan sesuatu yang meyakinkan. Faham tak maksud saya?
Ya, saya meluah isi hati dan cuba sedapkan diri. Astaghfirullah!
11 comments
Budaya 'mengipas' ini tak pernah hilang sejak dulu, kini dan selamanya...
Aku setuju dengan konsep ni, "aku (orang atasan) jaga hati dan kepentingan kau, kau buat apa yang aku suruh". Walau nampak tak ikhlas, tapi bila jadi bos bukan senang nak utamakan orang bawah. Ditambah dengan ego dan tanggungjawab sedia ada.
ermmm..berat-berat...tapi nak buat canne...lumrah hidup yg sgt seksa!
Itulah kakak selalu kena pesan pada anak-anak jangan jadi kuli macam mama..
Pikul tugas baru/tambahan, tapi increment tak dijanjikan...mmg sesuatu yg tak best.
Fara ingat gini je lah...tugas baru tu adalah latihan utk kerjaya yg lebih baik utk masa akan datang. insya Allah..perancangan Allah yg kita tak tau.
aduiii...semuanya nak harapkan balasan kan..
kerja kerana Allah....kerja kerana tahu tanggungjawab...tp penat bila kita buat, kau yang dapat... huh
Biasalah tu Fara. kat mana² pon ada org mcm ni. Memang senang naik.
Macam sama je dgn ofis aku la Fara. Aku nak komen lelebih pun tak berani takut ada yg terbaca dan jadi penyampai plak pada pihak yg berkenaan. Takut jgk aku. eehee.e.
moga dimudahkan urusan Fara kat temoat kerja ya..moga dijauhkan Fara daripada perkara yang tak elok dan niat jahat manusia..
saya nak komen lebih tak mampu, sebab saya pun ada masanya stress dengan kerja..bagi saya saya berdoa je kepada Allah minta saya kuat semangat..
Tak suka kipas-kipas ni, lagi suka kipas lipas.. Hehehe