5/12/14

mengajar anak berjalan dengan baby walker

Walker tak pernah tersenarai dalam wishlist saya untuk anak-anak. Walaupun Nizam pernah kata nak belikan untuk Khadeeja. Malah, mama mereka pun banyak kali minta saya belikan. Dari masa Aydin masih kecil dan sekarang turn Khadeeja. Minta maaf, saya tak benarkan! Bagi saya, walker lebih banyak mengundang bahaya dari mendatangkan manfaat. Biarlah mereka mengesot ke hulu ke hilir malah sampai ke dapur sekalipun, saya ok.
 
Semalam di nursing room sebuah klinik. Sedang menyusukan Khadeeja, ada seorang hamba Allah beramah-mesra dengan saya. Tanya itu ini perihal Khadeeja. Bila dia tanya, saya jawab sepatah. Tiba-tiba dia tanya; Dah letak anak dalam walker ke? Saya terpinga-pinga sekejap sambil buat muka blur; Tak. Saya tak nak ajar anak duduk dalam walker. Tiba-tiba dia membebel benda yang tak sepatutnya dia bebel; Macam mana anak nak berjalan kalau tak diletak dalam walker. Benda tu kan alat untuk mengajar anak berjalan. Bila masa pulak anak nak cepat jalan kalau tak diajar? Saya speechless! Tak tahu nak respond apa. Mungkin betul apa yang dikata, rakyat Malaysia kurang menggali info melalui bacaan. Tapi suka berlagak pandai. Secara tak langsung, memalukan diri sendiri. Saya yang tak ada kena mengena dalam hal kebodohan ni pun tiba-tiba malu sendiri. Argh!
 
Walker langsung tidak membantu anak-anak untuk berjalan, in fact akan melambatkan anak-anak berjalan akibat perkembangan otot dan mental yang tidak dirangsang. Selain dari itu, banyak mendatangkan kemalangan dalam rumah. Eh! Tak payahlah saya nak cerita di sini. Dah banyak yang bercerita tentang keburukan baby walker ni. Google jelah! Argh!

5 comments

5/12/14

tu laa byk gak sumber mengatakan x berapa bagus bby walker tu
masing2 ad pndapat...respect others
xyah bebel2 bagai laa kan

syakirah pun tak berwalker...

luth berwalker, patut le dia lmbt berjln.

sesuatu yang bleh dibincangkan dan dikongsi dengan fakta dan pendapat serta kesesuaian masing2
anak2 saya semua guna walker
cuma tak la saya kata walker tu alat bantuan utk jalan
walker tu alat hiburan atau mainan utk anak saya
memudahkan saya buat kerja pun iya
tapi bagi saya itu bukanlah alat utk cepat jalan

9/12/14

anak2 saya semua lambat brjalan..at 1 yr 2 months setiap seorng..tp sy tak kisah pun..sebab sihat aje depa..masalahnya org lain yg risau..tp kitorg pernah ada walker! sebab org hadiahkan..ngeee..padehal tak guna pun..

Catat Ulasan