5/12/14

sakit nak pandai

Aydin dan Khadeeja sekarang ni sedang dalam proses 'sakit nak pandai'. Demam. Selesema. Dan batuk. Malam tadi tak boleh tidur nyenyak. Kejap-kejap bangun bila Khadeeja batuk tak henti-henti. Kejap-kejap lagi bangun balik bila Aydin merengek tak tahan sejuk (tapi badan panas). Nizam pun kejap-kejap bangun juga. Resah bila dua anaknya kini dalam status 'under-repair'. Huhuhuhu!

Pagi tadi, rushing ke klinik bila tengok condition Khadeeja yang tak berapa nak memuaskan hati. Dada berombak laju dan berlekuk. Hati mommy mana yang senang nak pergi kerja kalau baby-nya macam tu? Uwaaa! Doktor kata, salur nafasnya makin sempit. Maka, nebulize-lah jawapannya. Kalau bawa ke hospital, memang wajib masuk wad dan 4 jam sekali sah-sah kena nebulize. Oh!
 
Aydin pula pagi tadi, agak ok dan suhu menurun setelah dipaksa sponging oleh mommy sampai menangis teresak-esak. Beginilah gayanya bila dah demam. Sejuk macam mana pun kalau badan panas, memang kena dilap dengan tuala basah setiap masa. Kalau tak, bila nak ok demamnya? Sobs!
 
Dan sekarang ni di opis, mommy jadi tak keruan dengan lambakan kerja. Huhuhuhu! Mana nak ingat anak-anak yang tak berapa nak ok kat rumah mamanya tu. Mana nak tahan mengantuk sebab malam tadi jadi burung hantu. Mana nak cool down bila tengok kerja tak surut-surut bila nak masuk tahun baru. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
 
 
 

12 comments

5/12/14

betul tu...sakit nak pandai..takpe kejap je tu mommy..insyaAllah

Semoga kedua2 anak itu segera pulih dari segala kesakitan. Sementara hendak membesar, macam2 dugaannya...

5/12/14

budak ni ada eczema (betul kot ejaan) ke?

Bertabahlah mommy. Smoga anak2 cepat sembuh. Memang agak letih bila anak2 demam berjemaah nih. Bertambah letih bila anak sakit kita terpaksa kerja. Asik ingat anak2 yg tak sihat jer lah.

5/12/14

IBU BAPA MANA TAK RISAU KALAU ANAKNYA SAKIT..

Doa banyak-banyak, mintak permudah kan urusan dan kesihatan anak-anak :) insya allah

ye..sakit nak pandai tu..nak banyak akal .semoga semuanya dipermudahkan.:)

Alahai... kalo anak demam mmg mak ayah jiwa kacau. Cepat2 sembuh ye sayang2 berdua. Dapat pertahanan daripada sejenis lagi virus.

be strong mummy walaupun memang kene strong pun..hehe..u go girl..burung hantu ke kelawar ke we can make it right!

5/12/14

get well soon deeja.... kesian die ...
kesian mommy die jg

musim macam2 penyakit
musim demam on and off
get well soon, speedy recovery for them

Macam mana skrg Aydin dan Khadeja? Moga dah makin baik ya.. risau sangat bila anak anak tak sihat.. kena pula masa macam tu, memang rasa langit tu tinggi sangat

Catat Ulasan