6/06/11

jangan bercerai, dosa tak apa!

Sepatutnya Isnin adalah permulaan semangat untuk memulakan tugas rutin di pejabat sepanjang minggu. Tapi saya juga pekerja kolar putih tipikal seperti yang lain. Hari Isnin sentiasa biru pada pandangan mata dan jiwa. Saya tak nampak apa-apa melainkan dunia blog itu lebih banyak menggoda untuk menggali lubang ilmu dan bersuka-ria.

Dan pagi ini, semangat saya menjadi terbakar bila membaca ini. Sedia maklum, saya sentiasa kontra dengan beliau. Seperti mana luahan hati saya (terhadap penulis) sebelum ini, seperti itu jugalah yang terdetik dalam hati selama ini dan bukan sekadar suka-suka mereka cerita untuk menang Ipad anjuran Lyna. Walaupun saya tak kenal siapa dia tapi peduli apa?

Saya lebih suka menyerang dari menjadi pertahanan. Jika pun saya perlu bertindak untuk mempertahan tapi adalah menjadi tabiat saya untuk terus menyerang dan mempersoal akan kelancangan dan keceluparan seseorang. Oh, saya tidak pula tahu orang yang mengaku dirinya konservatif sangat lancang dalam berkata-kata. Dan saya juga tidak tahu yang kononnya beliau bermegah dengan Islam konservatifnya itu  penuh dengan kata-kata yang lagaknya seperti bukan ciri-ciri seorang muslim? Atau mungkin saya boleh katakan pada beliau yang dia tidak lebih dari hanya seorang Melayu konservatif yang sangat berpegang kepada ajaran kolot dan ortodoks orang Melayu dulu-dulu yang sentiasa menganggap diri mereka bagus dan hebat belaka? Pilih antara satu? Islam konservatif atau Melayu konservatif?

Kita kalau hendak berbicara sesuatu dan mengupas sesuatu isu, berfikir secara praktikal dan bukan berlandaskan emosi. Juga jauhkan perasaan ego yang tinggi melangit untuk mengelakkan kata-kata itu memakan diri sendiri. Apa guna mendabik dada dan bermegah diri. Seolah-olah diri itu sentiasa betul dan benar. Oh, mungkin otak dia tak betul? Kita mana tahu? Dan kenapa terus melayan otak yang tak betul? Oh, mesti mahu layan kerana dia punya pembaca setia. Bila dah ramai, setiap entri beliau sudah semestinya berkesan dalam hati sesiapa saja yang bodoh tak mahu ambil tahu kisah atau cerita. Main angguk dan setuju saja. Senang cerita, mudah benar dia hendak menghasut pemikiran mereka yang tak tahu apa-apa.

Saya bukan liberalis. Saya juga bukan konservatif. Saya perempuan. Bukan lelaki. Saya tak tahu apa yang lelaki bangga bila menjadi lelaki dan senyum sampai ke telinga bila dapat bersikap prejudis dengan perempuan. Saya akui, perempuan dijadikan dari tulang rusuk Adam a.s. Saya tahu bila saat kita bergelar isteri kepada suami, syurga itu kini berpindah dari telapak kaki ibu ke kaki suami. Saya tahu setiap perbuatan kita wajib mendapat restu suami juga. Dan saya akui hakikat bahawa perempuan itu segala-galanya di bawah tanggungjawab lelaki. Berdosa isteri, berdosa juga suami kerana dia yang memikulnya.

Tapi malang sekali, apakah setiap lelaki memahami tanggungjawab yang di amanahkan kepada mereka? Saya suka entri maklumbalas yang ini. Setiap maklumbalas yang diberi boleh di semat dalam fikiran. Fikir jauh dan matang. Bukan suka-suka hentam dan mengutuk sakan sebab saya rasakan perbuatan itu tidak lebih dari memperbodohkan diri sendiri. Saya yakin, orang konservatif sangat menekan gaya hidup dan fikiran konservatif dan bukanlah mencarut dan memaki hamun macam orang tak betul. Bila dah masuk bab mencarut maki bagai, itu dah masuk bab golongan orang bodoh ekstrim yang sentiasa menganggap dirinya betul. Bukan orang konservatif lagi.

Kenapa bercerai itu halal tetapi tidak disukai Allah? Seperti kata blogger ini,

Guru agama aku cakap, kerana dalam sesetengah kes talak adalah pilihan terbaik untuk mengurangkan dosa. Cerai adalah sesuatu yang halal. Tetapi derhaka pada suami adalah dosa besar. Suami curang juga dosa. Suami pukul isteri, isteri kasi aura langit keenam pada suami pun berdosa.
Kalau dah tak sebulu, tengok pun rasa menyampah, macamana nak elak dosa? Duduk berasingan? Tak tunai tanggungjawab? Berdosa juga.
Tapi cerai tak berdosa.

Bila Dr. Masyitah memberi komen terhadap perceraian (rujukan), bukan bermaksud dia menggalak perceraian untuk setiap penyelesaian masalah seperti yang didakwa penulis beremosi tak masuk akal itu. Saya rasa, penulis patut bersemuka sendiri dengan Dr. Masyitah. Tanya betul-betul dan suruh Dr. Masyitah kupas satu-persatu komen sebelum dia kaget sendiri tak pasal-pasal dan tulis entri yang bukan-bukan. Benda ini sangat umum. Boleh fikir. Mungkin juga penulis seorang yang sangat konservatif. Tak bercampur-gaul dengan masyarakat. Maklum, takut kepala otak dipengaruhi dengan unsur-unsur liberal lantas mempengaruhi pemikiran 'sucinya'.

Kenapa minta cerai? Banyak sebab kita boleh fikir secara praktikal. Banyak contoh kita boleh jadikan bahan rujukan. Saya rasa, penulis juga patut pergi semak fail-fail di jabatan agama berkenaan hal perihal kenapa menuntut perceraian sebelum dia menulis panjang lebar entrinya yang entah apa-apa. Pasti ada sebab. Perempuan mana yang sangat bodoh bila tiba-tiba menuntut cerai dengan suami? Cuba ceritakan pada saya. Kalau diikutkan, setiap blogger yang saya kenal yang rata-ratanya adalah seorang isteri sangat suka bercerita betapa bahagianya mereka bersama suami dan anak-anak di dalam blog masing-masing. Jika sudah bahagia, kenapa nak minta cerai? Sudah tentu yang nak minta cerai itu adalah mereka yang mengadap suami yang bermasalah. Bila isteri mengadap suami yang bermasalah, apa penulis itu jangkakan? Duduk saja mengadap perangai  suami yang suka menyundal dengan perempuan/lelaki lain, mengharap hasil titik peluh isteri sendiri, kaki judi, kaki mabuk, ekstrim agama hingga mengabaikan keluarga, gantung tak bertali, gila seks?

Apa lagi jalan penyelesaian jika suami menyundal dengan perempuan/lelaki lain (yag menurut penulis, kita semua sudah dapat jangkakan? apa ke gila?) sedangkan isteri bertungkus-lumus membesarkan anak dan menyara hidup anak beranak sendiri bila suami seolah-olah lupa yang dia ada anak dan bini? Apa lagi yang suami minta bila setiap makan minum pakai suami sudah tersedia? Isteri mana yang mampu bertahan dengan dosa suami di luar sana? Sudahnya? Benarkan suami kahwin. Suami duduk dengan isteri muda. Nafkah isteri tua terabai kerana suami tidak mampu. Dek kerana tawarnya hati isteri tua, maka isteri tua sudah tidak mahu ambil kisah perihal nafkah. Ada atau tidak, itu urusan dia dan Tuhan. Dan suami terus-menerus tebal dengan dosa. Inikah yang dimahukan penulis? Jangan bercerai. Berdosa tak apa.

Alhamdulillah, saya seorang perempuan yang bukan jenis suka-suka membuang ego tak bertempat. Inilah namanya isu yang bukan isu, tapi sengaja memperbesarkan isu yang entah apa-apa. Orang-orang seperti inilah juga yang suka melaga-lagakan. Menghasut cerita yang entah apa-apa. Yang suka memperbodohkan manusia. Inilah orang yang suka memberontak. Yang suka huru-hara. Dari duduk muhasabah diri. Yang sentiasa perasan diri itu sempurna. Boleh jalan.....!!!!

Ahkak duk kat kusi yang ke dua dari depan. Ramai pulak orang dalam tu. Then ada satu kes, tak sampai 5 min dia kena bicara, hakim tangguh kes dia..Ampeh betol..Terpancar kekecewaan kat muka dia, kes dia dah berlanjutan dari tahun 2009, tapi Defendan (lelaki) tak datang, terus hakim tangguh. Bulan 5 pulak tu..Kena bicara sesorang tka sampai 5 min, terus hakim ketuk tukol. Mana keadilan untuk wanita kat situ? Bukan ke patutnya Islam membela wanita yang teraniaya? Alasan hakim, try bincang dengan suami, minta dia datang or else kita keluarkan waran tangkap, katanya hakim. Komen ahkak, orang lelaki kalu dia dah sakit hati, dia memang saje menyusahkan si isteri, takde nye dia nak datang nak bagi cerai kat perempuan itu. Dah braper taun pending kes, nak kuar waran tangkap. Tak salah, perempuan tu ckp, kes dia tiap kali datang, tiap kali tu la tangguh, dah nak masuk 3 tahun dah.. Kesian kan?

Kredit untuk Cik Geli. 

10 comments

hurmm...cursing malay tu tak suka melayu ke camner???

saya dah baca entry penulis tu..mula2 saya pelik juga nape u marah sangat.then i know why..
saya setuju dgn you..takkan suami dah belasah bini sampai separuh mampus pun masih nak stay jugak dengan jantan macam tu.hukum islam memang tegas tapi masih ade toleransi dalam islam yang mebuatkan islam sangat releven dengan masalah kita hari ni dari segi ape pun.to me, wanita yang mintak cerai after dianiaya suami adalah wanita berani.berani macam mana? berani untuk bangkit dari terus dianiaya, berani untuk hidup atas kaki sendiri untuk besarkan anak-anak..bile berlaku kes suami menganiaya isteri, anak2 la yang paling kesian sekali dari segi segala aspek.

assalamualaikum..

apabila membaca mengenai masalah rumahtangga, memang saya takut membacanya..
ari tue tgk rancangan imam muda...diorang gaduh depan2 imam muda tue..langsung taj respek...
saya sentiasa berdoa semoga kita semua jauh dari permasalahan ini..

p/s: tentang surau wifi tue maksudnya surau dan rumah sekitar 100m radius dapat liputan wifi percuma nie...rumah saya tak dpt kerana agak jauh..huhuhuhh lebih kurang 200m

*duduk diam2~

takut tengok mommy merah muka~haha~

erm..aku pegi pejabat ugama..aku tengok sendiri, si perempuan begendeng2 datang bawak anak..nak masuk court, anak tak bole bawak, tapi anak nak tingal sape? minta la tolong kerani kat depan jaga kejap..pastu, tunggu nak dengar kes satu hal, bila turn dia, si laki tak datang...datang ni bukan muka gembira, ada bibir lebam plak tu..
dah hakim kata pending sebulan, terkedek2 la lintas jalan tunggu bus pulak..anak kecik 2 orang..sedih???

nak sedih watpe kan? dah pepuan tu jahat mintak cerai..gitu??

tiada jodoh kita bercerai...jika ada jodoh rujuk semula...

jika dia ganas sangat minta cerai...jika dia ingat dia bagus sangat...beli pistol tembak!


sebenarnya harus buang EGO jauh2..tak kira perempuan atau lelaki....

tak boleh juga...itu sahaja jodoh kita.

6/6/11

Hi fara, tengah marah ker? heh..
Sya pun dah baca entri yg dimaksudkan tu. Ada part yg sya setuju & ada part penulis kena hati2 & mbuat kajian terperinci apabila menulis secara umum. Walaupun berdosa besar hukum si isteri meminta cerai tp dlm keadaan spt yg fara tulis ini, tak kan mahu berdiam saje kan !

Apa2 pun sya berpegang kepada Seorng Suami WAJIB melayan isteri dgn baik kerana isteri adalah saksi apabila suami disoal oleh ALLAH..Apabila si suami tidak menzalimi isteri, membimbing dan membahagiakan isteri barulah ALLAH meredhai si suami masuk syurga..
Tetapi isteri memerlukan redha suami,barulah ALLAH akan meredhai si isteri pula masuk syurga..Redha ALLAH pada golongan isteri bergantung kepada redha suami..Jika si suami tidak meredhai isterinya,maka ALLAH akan menangguhkan dari memberi Redha kpd si isteri..Krn itu ALLAH mengingatkan para2 isteri menjauhi sifat2 nusyuz/derhaka.

7/6/11

kalau saya berhadapan masalah tu..mungkin saya akan buat benda yg sama..

sungguh geram dan sedih bila baca entry ni.. memang tak kena diri sendiri tapi kalau dah badan jadi tempat pukul bantai buat apa nak tunggu lagi.. bukan semua wanita bodoh dan mudah diperbodohkan..

Sabtu lepas saya tengok Imam Muda, malunya tengok yang nak bercerai tu pasangan muda bukan tua.. dan ada satu kes tu siap bergaduh sampai ke lobi.. alahai.. malunya..

Cik ina terus terang cakap,TAK SUKA LELAKI PUKUL PEREMPUAN, banyak cara nak selesaikan masalah, kenapa nak bantai-bantai.kalau tak suka wat cara baik. cerai cara baik.

Catat Ulasan