8/08/11

warkah dari bumi kenya



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

 Ke hadapan sahabatku Amin yang dirindui selalu. Semoga kamu dalam keadaan sihat sejahtera.

Allahu Akram! 

Selamat berpuasa, Amin! Semoga diri kamu memperoleh keberkatan dari bulan yang mulia ini. Nikmatilah ia dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.

Amin yang aku kasihi,

Terima kasih tidak terhingga kerana sudi mengutus warkah kepada aku. Dapat juga aku mencium bau Kuala Lumpur itu. Kota yang penuh dengan kemewahan dan kesenangan. Sungguh aku ingin merasainya. Dan berkongsi kegembiraan itu bersama kamu. Andai mimpi aku menjadi kenyataan.....

Amin yang aku rindui,


Alhamdulillah. Aku masih bernafas hingga ke saat ini. Walau keletihan itu masih dirasai. Tapak kaki yang tersedia kematu ini semakin lali dengan jalan berbatu dan berdebu. Namun, 100km itu bagaikan penghijrahan ke syurga. Kami tempuhinya dengan redha. Apatah lagi setibanya kami di sini, Ramadhan pula menjelma. Sungguh inilah rahmat Tuhan. Kami gantikan kelaparan itu dengan menjalankan ibadah puasa ini. Aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya, kami dapat melupakan apa itu sarapan pagi dan makan tengahari. Aku tahu, itulah hikmah yang Allah turunkan di sebalik dugaan hebat ini.

Amin yang aku ingati,


Pertama kali aku jejakkan kaki di sini, aku menangis. Selama ini, aku mengeluh kesah kerana nasibku. Namun di perkhemahan ini, aku dapat lihat nasib mereka yang lebih menderita dari yang aku rasa. Bayi itu sudah tidak terdaya walau untuk seteguk susu. Orang tua itu sudah semakin lemah walau untuk bergerak sedikit dari perbaringan. Ibu itu melilau ke sana sini semata-mata untuk mengutip sisa-sisa makanan tumpah demi untuk perut anaknya. Kanak-kanak itu sudah tidak menghiraukan makanan di atas pinggan bila ia berterabur menyentuhi tanah debu merekah. Aku merasainya kerana aku bersama mereka.

Amin yang aku hormati,


Usah kau risaukan keadaan aku di sini. Walau badanku kering. Walau perutku mulai membuncit. Walau sendiku semakin lemah. Namun aku tetap larat menunggu giliran untuk sepinggan makanan bila tiba waktu berbuka puasa. Aku masih terdaya. Aku masih kuat. Aku masih berkudrat. Tak lain tak bukan, ini semua adalah nikmat yang Allah kurniakan pada aku. Demi sesuap nasi. 

Amin sabahatku,

Usahlah kamu bersedih kerana DUIT puasa itu. Bagi aku, tidak ada apa yang harus kamu tangiskan. Kamu masih punya orang tua yang sangat mengasihimu. Celik saja mata, kamu dapat menikmati sahur yang enak dan lazat bersama keluargamu. Kemudian, kamu ke sekolah mengejar ilmu. Dan pulang dari sekolah, kamu dapat bersama kawan sebaya bermain sama. Petang pula, kamu dapat menjamu mata di bazar Ramadhan yang kamu ceritakan di warkahmu terdahulu. Dan di waktu iftar, kamu bersama keluarga menjamu selera dengan makanan yang banyak di depan mata. Tidakkah kamu rasa bahawa kamu adalah antara insan terpilih untuk menikmati rezeki yang Allah limpahkan itu? Usah pedulikan DUIT itu kerana bagi aku, cukuplah walau sebutir biji jagung itu dapat mengenyangkan perutku. Dan jika aku ditempatmu, cukuplah curahan kasih-sayang dari kedua orang tua dengan mendidik aku menjadi insan bertakwa dan sentiasa bersyukur dengan ganjaran dunia walau hanya satu sen. 

Amin yang aku kenang selalu,

Cukuplah sampai di sini coretanku khas buatmu. Jutaan kemaafan andai ceritaku mengundang simpatimu. Sungguh bukan itu maksudku. Warkah ini tidak lain hanya sebagai balasan rindu buat kamu, sahabatku. Dan ingatlah pesananku. Andai kamu bergembira, andai kamu ketawa, andai kamu menangis, andai kamu berduka...ingatlah aku dengan menyebut nama. Sekurang-kurangnya, aku dapat berkongsi rasa suka dan dukamu. Dan kita dapat saling mensyukuri dan redha dengan apa yang berlaku. Insya-Allah!

Semoga aku berkesempatan menerima balasan warkahmu dari bumi Malaysia!


Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Amyz dan ditaja oleh Adorable Muslimah

39 comments

8/8/11

;) gudluck..

sedih.............

kat malaysia sedang berpesta berbuka puasa ni....

sedih baca..

8/8/11

Betul-betul menyayat hati...

Kita pula masa beli makanan lebih-lebih.. Tak habis... buang saja..

Hmmmm....

8/8/11

sedih dan simpati

sedih tgk gmbr..surat ni juga sgt touching..

gud luck!

sayu.

Tanpa Nama
8/8/11

moga berjaya..this is one good letter.. :)

ms sy mkn pizza kat pizzahut haritu..atas meja ada sekeping kad mcm kempen bantuan kemanusiaan utk mangsa kebuluran..terus cam insaf sbb kita kat sini blh berpuasa lps tu berbuka sedap²..sedangkan daiorang sepjg thn berpuasa..ntah berbuka ntah tidak..


p/s: sy rs fara akan menang lg utk cabaran #2 ni..hehe..sy lum buat lg..takda idea..kalau ada pon x semantap entri fara..

Tanpa Nama
8/8/11

pagi tadi tak bangun sahur, marah diri sendiri. tapi bila teringat balik pasal orang-orang bertuah macam ni, aku makin marah dengan diri sendiri!

8/8/11

tiada kata..

awak buat 2 entri ke???

selamat berjaya ya..

selamat berpuasa di minggu ke dua ramadhan...

all the best Mommy. Insaf dan buat diri sentiasa beringat. So far tak menjenguk lagi bazar takut lupa diri.

Sedih ah fara tgk gambar² nih. Tgk berita mlm smalam. Seorang ayah terpaksa kebumikan jenazah anak yg berumur satahun kerana meninggal kebuluran. Bersyukur kita yg dok kat m'sia nih.

simpati tgk keadaan org kat sana...kita lak serba lengkap....rasa bersyukur sgt2...

8/8/11

a moving piece, and you wrote it so well. good luck, dear!

@Siti Hajar Masri

Sedih menulis juga....

@WuMing

Tabiat org di sini!

@NM02

Tp kita tak dpt bt pe kan?

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Jgn ckp mcm tu. Tak semestinya sy boleh menang. Kali nie, entri masing2 semua hebat. Saya pun kalah.

Mana tau, awak dpt menandingi sy...

=D

@SynicalMind

Betul. Kesal dgn diri sendiri.

@sahromnasrudin

Bukan 2 entri. Hanya sambungan. Gabungkan 2 warkah maka ia menjadi 1.

@wardah @ fie shah

Sy dah pergi 2 kali. Tp beli utk keperluan perut. Alhamdulillah.

@fiza

Sy tgk gak berita yg tu semalam. Menangis.

Tanpa Nama
8/8/11

@Mommy Fara
dibandingkan dengan mereka, sedikit sangat ujian yang kita terpaksa depani tiap2 hari. tapi kita gemar mengeluh seolah2 kita adalah orang yang paling bernasib malang di bumi.

suke buat orang insaf kan..

good luck Fara

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki,biarpun kita susah sekali manapun kita masih mampu makan biarpun sesuap nasi.

10/8/11

Good write.. silap2 menang lg ni.. xde chance le...

sedih baca....

11/8/11

Sya selalu ingatkan diri supaya tak berlebih2 bila membeli makanan di luar. Tetapi kadang2 nafsu mengatasi segalanya. Alhamdulilah sgt dgn rezekiyg dimiliki saat ini:-)

Good lUCK utk kamu ya

Catat Ulasan