28/04/11
14/04/11
kenapa menayang?
Dulu masa baru-baru jadi mommy, saya seperti terkena kejutan budaya. Kisah bermula dari tempat kerja bila kawan sepejabat sibuk tanya jenama barang anak kita. Bila dah khabarkan jenama apa, mereka mula buat perbandingan. Jenama saya jenama murah. Barang murah selalu tidak pernah tahan lama. Barang mereka barang mahal. Dari hujung kaki hingga hujung rambut. Semuanya jenama gah. Maka, saya terjangkit sama perangai akibat renjatan budaya itu.
Paling memalukan, saya sanggup menabung semata-mata untuk penampilan mewah. Barang yang saya mahu itu memang langsung tidak sepadan dengan pendapatan saya setiap bulan. Entah apa gila saya pada waktu itu. Mudah sangat terpengaruh cerita riak orang lain. Bila orang lain riak, saya pun turut sama mahu menayang umum.
Mujur suami tidak kalah dengan kehendak dan perasaan saya. Walau dia ada sedikit berkira tapi kalau barang yang diidam melampaui gaji, memang tak masuk akal. Bila dia kata...
Anak tidak selamanya bayi. Makin lama makin membesar. Kalau anak dah besar, barang mahal itu pun tak berguna lagi. Bila sudah ada anak kedua atau ketiga dan seterusnya, nafsu kita jadi lain pula. Tak nak guna yang sedia ada. Bila dengar orang itu beli jenama itu, kita pun nak jenama itu. Dengar orang beli jenama ini, kita turut mengejar jenama ini. Otak yang kita ada gunanya untuk berfikir. Bukan untuk menurut hati dan perasaan.
Betul. Ada orang, barang itu akan digunakan sehingga ke adik-adiknya. Dan ada orang lain, barang itu akan dijual pada umum dengan separuh harga. Tapi, itu kalau yang mampu. Saya tidak mampu. Malah, bertungkus-lumus pula nak menabung untuk beli barang mahal itu. Memang pada mulanya, hati memberontak. Apatah lagi kawan sepejabat itu ketawakan jenama barang yang dibeli oleh kami suami-isteri untuk anak. Sudah tentu saya berasa sedih. Saya sedih kerana tidak mampu menyediakan keperluan berjenama untuk anak saya. Sudah tentu, anak kepada kawan sepejabat saya itu sangat bertuah kerana ibubapanya mampu membelikan barangan mewah untuknya.
Bila saya ukur ketidakmampuan saya dengan orang yang mampu, tiba-tiba saya terkenang pula orang yang lebih tidak mampu dari saya. Kebetulan, orang yang tidak mampu itu adalah kenalan saya sendiri. Dari hujung hujung rambut hingga ke hujung kaki anaknya. Apa saja yang termampu. Janji cukup keperluan. Saya terkedu dan insaf di situ.
Dan saya dijamu cerita pula dengan orang yang lebih mampu dari saya. Tapi sangat bijak berbelanja. Dia tidak taburkan barangan mewah untuk anaknya. Dia bebel pada saya....
Buat apa nak beli mahal-mahal untuk anak. Barang yang kita beli lama-lama rosak juga. Barang yang saya beli itu, dari kakak sampai ke adiknya. Tak pernah sekali pun rosak. Elok saja pakai. Cuma mungkin rupanya sudah buruk. Iyelah, kata barang lama. Tapi selagi boleh pakai, kita pakailah. Tak perlulah jenama mahal. Lebih baik saya simpan duit untuk tabung anak saya dan besarkan rumah. Lagi banyak faedahnya.
Saya terkedu lagi. Seperti ada tukul besi mengetuk kepala sendiri. Betapa saya memenangkan kebodohan diri dari berfikir bijaksana. Sudahnya, duit yang saya kumpul itu saya bukakan akaun simpanan untuk anak. Lagi puas hati. Dan saya sudah tidak terliur dengan barangan mewah itu. Barang murah yang saya beli dulu masih boleh digunakan hingga kini. Tak ada cacat-cela. Tak ada yang rosak bagai. Saya menang! Menang kerana bijak memilih jalan lurus. Dari sesat dan menyesakkan duit poket.
Itu pengalaman saya ketika mula-mula menjadi mommy. Saya gelak sendiri. Kenapa dulu saya senang diperbodohkan orang yang tak sedar diri?
P/S - Kawan sepejabat saya pening kepala. Kereta sorong bayinya yang berjenama Mac Laren acapkali rosak. Setiap kali baiki, terbang ratusan ringgit kerana alat gantinya yang mahal. Dan, oh ya....kereta sorong anak saya yang pernah dia ketawakan dulu masih belum rosak hingga kini. Masih boleh pakai dan Insya-Allah pada masa mendatang jika ada adiknya nanti.....
13/04/11
sendat dada, ketat punggung...(tarik nafas!)
....kesinambungan dari kenapa nak cantik?
Tapi saya mengutuk diri sendiri.
Semua perempuan pun cantik. Percayalah!
P/S - Lagu Unpretty sangat memberi motivasi. Dengarlah!
- Dulu makcik gemuk. Makcik malu. Lemak merata. Suami makcik tak suka. Sampai ugut makcik nak cari bini nombor dua. Makcik sedih. Tapi makcik jumpa satu iklan suratkhabar. Iklan langsing badan. Bagi badan mantap. Makcik mampu. Tak salah mencuba. Lagipun untuk kepuasan diri dan tatapan khas suami. Supaya suami makcik tak jeling kelibat perempuan muda bergetah. Sekali sesi, makcik hilang 600 gram. Wah! Sangat hebat. Walaupun satu sesi dah mencecah ratusan ringgit. Makcik masih ada 9 sesi untuk cukupkan 10 sesi. Apa ada hal tentang duit. Makcik tak kisah semua itu. Paling penting, makcik boleh kurus. Habis 10 sesi, makcik betul-betul sudah kurus. Bukan kurus keding. Tapi kurus mantap. Makcik dah cantik. Makcik dah tak nak pakai baju longgar-longgar lagi. Makcik nak pakai kebaya ketat, kemeja-T sendat dan seluar legging. Biar nampak potongan kaki makcik yang berbentuk. Biar jelas potongan pinggang makcik yang ramping. Biar pejal punggung makcik yang menggiurkan. Biar montok dada makcik yang menghairahkan. Sekarang, suami makcik tak pandang perempuan lain lagi. Dan makcik tambah bangga bila saham makcik kembali naik. Bukan setakat lelaki seusia malah lelaki muda pun turut tergoda. Makcik pun dah boleh kalahkan Mak Dara penjual jamu. Makcik suka! Makcik gembira! Lepas ini, makcik nak membeli-belah. Nak beli lagi banyak baju ketat sendat. Makcik sudah melakukan perubahan. Kamu pula (yang gemuk-gemuk), bila lagi?
- Rambut semulajadi adik panjang lurus. Tapi adik bosan. Adik nak ada gaya. Adik pergi salun. Adik kerintingkan rambut. Bila dah kerintingkan rambut, adik nak luruskan jambul depan pula. Kerinting di belakang, lurus di depan. Tapi orang salun itu tersalah gunting. Rambut adik jadi tak cantik. Senget sana. Senget sini. Adik malu. Adik pun pakai tudung. Adik tak nak tayang rambut buruk adik. Tak senonoh. Sekarang, adik pakai tudung. Menunggu masa rambut adik kembali panjang. Bila dah panjang, adik nak kembali ke salun itu. Adik nak make-over rambut baru. Bila dah make-over, boleh buka tudung balik. Mesti kekasih adik suka dengan rambut baru adik nanti. Lagipun, kekasih adik tak suka sangat adik pakai tudung. Dia kata macam orang tua. Adik muda lagi. Masih ada banyak masa lagi. Nanti-nantilah adik setia pakai tudung. Ish, bilalah nak panjang rambut adik?
Betul dulu saya tidak pernah ada keyakinan diri. Saya pernah ceritakan pada entri yang lepas-lepas. Saya adalah salah seorang dari kelompok golongan perempuan yang memiliki ketinggian luarbiasa bagi masyarakat ortodoks kolot Malaysia. Ketinggian saya mencecah 5 kaki 9 inci. Walaupun sebenarnya, isu ketinggian saya tidak seharusnya menjadi isu tapi itulah masyarakat kita. Saya juga selalu kata diri saya gemuk. Saya picit lemak sana. Picit lemak sini. Lepas itu, saya belek hidung pula. Hidung saya besar. Kenapa tak mancung? Kemudian, saya merungut.
Patutlah tak ada lelaki terpikat pada aku. Lelaki pandang aku sebab aku besar dan tinggi. Bukan sebab terpikat dan tergoda dengan wajah dan bentuk badan sendiri.
Saya benci dengan diri sendiri. Menggoyahkan lagi keyakinan saya bila kawan baik sendiri seorang yang cantik dan sentiasa menjadi perhatian lelaki. Membuatkan saya bertambah sedih.
Tapi saya mengutuk diri sendiri.
- Kenapa bodoh sangat aku nie? Biarlah aku macam nie. Tuhan tidak jadikan aku cacat-cela. Semuanya indah belaka. Kenapa aku tak nak bersyukur?
- KENAPA AKU NAK PEDULIKAN MATA KERANJANG LELAKI? KENAPA AKU NAK TUNDUK PADA KEMAHUAN LELAKI? KENAPA AKU SAJA YANG PERLU BERUBAH UNTUK MENARIK PERHATIAN LELAKI? BODOHNYA AKU!
- Aku tak hodohlah! Aku cantik! Setiap perempuan pun cantik. Tak ada yang buruk. Tak ada yang hodoh! Tak mungkin aku nak dengar cakap lelaki kalau lelaki sendiri ketiak masam, perut boroi? Sangat bodoh!
Bukan! Saya tidak berniat menghentam sesiapa. Saya tahu, fitrah manusia apatah lagi perempuan sememangnya mementingkan kecantikan. Tapi apa yang menyedihkan, kita terlalu tunduk dengan citarasa lelaki. Ya, memang tak salah kalau kita mampu. Kita boleh buat apa saja untuk mencantikkan diri sendiri. Tapi untuk apa? Cuba tanya lagi sekali pada diri sendiri. Untuk apa kita nak cantik? Kepuasan diri? Kepuasan diri dari segi apa? Untuk suami? Adakah anda yakin untuk suami? Bukankah manusia itu cepat lupa dengan objektif asalnya? (Sengih!)
P/S - Lagu Unpretty sangat memberi motivasi. Dengarlah!
12/04/11
kenapa nak cantik?
![]() |
Tepuk tangan dengan kejayaan mereka! (Google) |
- Kenapa nak cantik?
- Kenapa berhabis duit beli alat solek?
- Kenapa nak kurus?
- Kenapa nak luruskan rambut yang kerinting?
- Kenapa nak kerintingkan rambut yang lurus?
- Kenapa nak tegangkan buah dada yang kendur?
- Kenapa nak hilangkan kedut di wajah?
- Kenapa nak cerahkan wajah yang gelap?
- Kenapa nak gelapkan wajah yang cerah?
- Kenapa warnakan rambut yang hitam?
![]() |
Cantik. Bukan puji Erra Fazira. Tapi jurusoleknya. (Google) |
Kenapa kita mesti puji kecantikan Erra Fazira? Kenapa kita harus memuja keayuan Siti Nurhaliza? Kenapa kita harus mengimpikan kelangsingan Ziana Zain? Cuba ambil cermin, tatap wajah sendiri. Belek mata, kening, hidung, mulut, pipi dan segala macam yang ada pada wajah sendiri. Cantik atau tidak? Sudah tentu cantik! Setiap perempuan yang hidup di muka bumi ini CANTIK! Kamu yang baca entri ini juga cantik. Tak percaya? Belek lagi wajah sendiri di hadapan cermin. Kamu sememangnya cantik. Kenapa tidak?
Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah mengakui Erra Fazira itu cantik. Dia cantik hanya kerana alat solek. Kita juga boleh cantik jika diwarnakan wajah sebegitu rupa. Tapi kita tetap merasa betapa kurangnya kita. Tetap hendak memuji-puja kecantikan plastik dan palsu. Tidakkah kamu sendiri terasa pelik?
![]() |
Kasihan perempuan ini. Habis terhakis semua pahala. (Google) |
Walaupun begitu, saya sangat percaya pada kecantikan Erra Fazira ketika dia bangkit dari tidur! Walaupun saya tidak pernah tahu dan nampak tapi saya sangat percaya. Sama juga situasinya jika bercerita tentang kelangsingan Ziana Zain. Memang betul, kita semua ada lemak merata. Tapi nak peduli apa? Biarlah lemak di situ. Kenapa nak berlapar sebab nak kurus? Kenapa nak melabur duit sebab nak kurus? Cantik ke bila kurus? Oh, lupa! Kalau kurus, boleh sarung semua baju. Baik yang sendat dan ketat. Tapi, percaya sangat ke Ziana Zain itu sangat langsing hingga hilang semua lemak?
Sangat menyedihkan bila perempuan tidak persetankan citarasa lelaki. Kenapa ambil peduli? Tak payah ambil peduli. Yakin pada diri sendiri. Aku gemuk. Jadi mengapa? Janji aku sihat. Tak perlu nak susah payah menguruskan badan sebab menurut kehendak mata lelaki. Mengarut! Percaya pada diri sendiri, masih ada lelaki yang berhati mulia yang mementingkan kecantikan dalaman dari memuja kecantikan luaran. Lelaki yang memandang perempuan cantik plastik itu selalunya akan hidup merana kerana perempuan cantik plastik tidak semestinya cantik luar dalam. Tak percaya? Banyak contoh depan mata. Kutip saja pengalaman hidup sesiapa. Pasti akan ada!
Perempuan sendiri yang merelakan diri menjadi bahan lawak jenaka lelaki. Perempuan sendiri yang merelakan diri menjadi cerita kutukan lelaki dan perempuan jugalah yang suka menambah dosa lelaki. Jadi, apa perlu kita buat? Pentingkah cantik untuk diri kita? Cantik untuk apa?
Bila ada yang kata cantik untuk suami tapi menayang pada umum. Apa konklusinya?
11/04/11
anak luar nikah
Dengar saja anak luar nikah, ramai nak mengeji. Sampai ada yang masuk Melodi. Terjah sana-sini. Soal-siasat orang itu dan orang ini. Dan orang-orang ini pula mencaci....
Perkara sumbang!
Tak takut dosa ke?
Kasihan anak tu dapat mak bapak yang buruk perangai.
Itulah akibatnya kalau dah bebas sangat.
Jangan kau kawan dengan si polan, dia tu anak luar nikah.
Eh, dia dah ada anak? Bukan ke baru kahwin? Eii, tak senonoh betullah....
Tapi, bila buang anak?
Nak aje aku pijak orang yang buang anak tu.
Patut bunuh aje mak bapak budak yang mati tu...buang anak merata!
Tulah, buat pandai....pastu dapat anak, nak dibuang-buang pula.
Celaka! Sanggup aje buang anak macam tu? Apa nak jadi dengan dunia sekarang?
Dahlah buat dosa zina....tambah pulak dengan dosa membunuh! Tak senanglah kau dunia akhirat!
Kenapa? Oh, lupa. Bukankah ini realiti hidup dalam kelompok orang kita. Fikiran kolot tak ingat agama. Konon diri sendiri terlalu mulia. Tak sedar menggunung dosa. Tapi ada yang perasan ke?
Sangat mengasihani diri sendiri. Masih terkontang-kanting dengan amalan sendiri. Sedangkan ibu dan ayah anak luar nikah itu sudah jauh meninggalkan kami. Mengulit pahala dan mengikis dosa sendiri.
Malu dan insaf....
7/04/11
terima kasih!
Terharu. Tersentuh. Gembira. Senyum sampai ke telinga. Sebenarnya, hasil saya tak seberapa. Tapi mereka sangat menghargai dan memberi reaksi yang sangat baik pada saya.
Inilah hasil saya yang tak seberapa:-
Pada yang dah email, tunggu saya balas nanti ya? Kalau belum, tunggu apa lagi? Tak ada tarikh tutup pun. Ini bukan GA. Tapi pemberian ikhlas.
P/S - Terima kasih, Nur.
6/04/11
narsisistik akut
Sangat kelakar. Soley, Soley jadi isu. Kata mereka, lagu itu memuja Horus, Tuhan Matahari. Apa fahamkah orang Melayu apa itu Soley? Lagu lama pun. Kenapa tak bising sebelum Hantu Kak Limah? Jahat sungguh mereka ya? Bersungguh-sungguh meracuni pemikiran Melayu hardcore. Yang sentiasa tadah telinga dan hati untuk diracuni. Kasihan....
Sama kes dengan isu salam, akum, askum dan segala bagai. Benda mudah. Bila sudah dianugerahkan akal, jadilah orang yang bijak. Bukan jadi lembu kena tindik hidung. Betul-betul haru-biru.
Orang yang suka buat huru-hara itu mungkin mengalami sindrom narsisistik akut. Bila terasa ilmu sudah penuh di dada maka dia boleh buat apa saja. Mungkin sebab itulah mereka rasa berkuasa untuk keluarkan fatwa sendiri. Dan kita yang tak tahu apa-apa pun jadi pengikut setia dan sejati.
Agaknya, ustaz yang pukul budak kecil itu juga manusia narsisis. Bila sudah terlalu gah dengan gelaran ustaz maka dia berkuasa untuk jatuh hukum ikut suka. Tapi dia lupa, bisikan syaitan itu lebih padu dari imannya. Sungguh malang ustaz itu kerana meranapkan akal fikiran sendiri.
Budak kecil itu hanya berumur 7 tahun. Apalah daya dia?
4/04/11
alkisah makcik sal
Minggu lepas, saya didatangi seorang makcik. Nama singkatan makcik itu adalah Sal. Umurnya tidak terlalu tua dan jauh sekali muda. Makcik Sal punya 4 orang anak. 3 orang anak teruna dan seorang anak dara. Makcik Sal sangat menyenangi 3 orang anak terunanya. Tapi tidak anak daranya. Katanya tidak sebulu. Saya diam. Ibu macam ini pun ada ke?
Anak daranya tidak cemerlang. Gagal lagi ada. Salah seorang anak terunanya pula cemerlang. Berderet A. Habis satu blok rumah pangsa dia heboh. Belum bab kawan-kawan pejabat. Pantang berjumpa, pasti terselit alkisah anaknya yang cemerlang itu. Bila anak sudah cemerlang maka harapan dan tanggungjawab terletak pada bahu anaknya. Anak harapan. Anak boleh digunapakai kelak. Anak yang akan bantu ibu. Maka, anak daranya menjadi sunyi dan sepi.
Nak dijadikan cerita, anak terunanya mendapat tawaran belajar di UiTM. Jurusan senibina. Ala-ala Azhar Sulaiman. Jadi arkitek. Gaji masyuk. Poket lebat. Atau mungkin pengganti Hijjas Kasturi? Apalagi makin seronok Makcik Sal. Lagi dipalu kompang bertalu-talu. Dan cairlah taik telingaku.
Semester pertama berlalu. Semester kedua sepintas lalu. Dan masuk semester ketiga, anaknya merayu-rayu.
Ibu, nak berhenti. Tak larat. Tension. Beban. Tekanan. Susah. Payah.
Makcik Sal susah hati. Anak teruna kebanggaan mahu berhenti belajar Makcik Sal datang minta pendapat saya. Dan saya beri jawapannya...
Inilah hukumannya orang yang suka cakap takbur dan riak. Saya memang tempelak Makcik. Mujur saya jenis terus-terang. Kot jumpe orang yang makan hati dengan Makcik dari dulu macam mana? Sekarang siapa yang susah? Belajar SPM tak sama dengan universiti. Dulu nerd. Sekarang dah pandai bergaya. Masa sekolah tak de PTPTN, kat universiti ada PTPTN...mungkin anak Makcik culture shock dan tak sedar diri...sebab tu bila time siapkan assignment, tak dapat siap....buat test, tak dapat jawab....exam memang dapat jawab tapi kalau projek tak siap, test markah sikit? Tak dapek den nak nolong Makcik Sal oiii! Renti-rentikanlah dok cite pasal anak Makcik tu ye?
Makcik Sal terkedu. Diam. Sejak dari itu, dia sudah tidak berkunjung ke meja saya lagi.
1/04/11
header percuma
Tak ada syarat. Pemberian ikhlas. Sesiapa yang berminat, boleh emel butir-butir seperti:-
Contoh banner/header:-
- Ciri-ciri rekaan yang dikehendaki
- Gambar (opsyen)
- Tagline (opsyen)
- Nama untuk header
- Ukuran (opsyen)
- Nama dan URL blog
Emel : mommyfara@gmail.com
Contoh banner/header:-
Langgan:
Catatan (Atom)