Masa Aydin baby dulu, kami beli carrier cikai-cikai je. Konon sebab baby cepat besar dan nak jimat, langsung tak terfikir pasal safety baby. Memang dungu, kan? Tapi kalau dah 0, tak selamanya 0. Baru tahu rupanya, ada carrier yang ergonomik. Apa itu ergonomik? Ergonomik adalah; Keselesaan, functional dan user-friendly. Kalau still tak faham, boleh study kat Wiki ya? Sobs! Tapi jangan tak tahu, ada juga carrier yang tak ergonomik tapi mahal gedabak. Contoh; Baby Bjorn. Ramai juga yang terlajak membeli. Tak apa. Kita belajar dari kesilapan. Untuk tak nak rasa membazir, boleh juga modified crotch carrier tu untuk jadi lebih ergonomik macam ni:-
Sementara nak menabung beli ssc baru, kaedah di atas boleh digunapakai.
Selain ring sling (Orang Asli Malaysia punya kehebatan mengikat sendiri ring sling untuk baby mereka. Dan bibik-bibik seberang. Hehehe!), ada parents prefer guna ssc. Apa itu ssc? SSC adalah soft-structured carrier. Contoh gambar? Sila selak entri saya yang sebelumnya. Heheheh! SSC biasa digunakan kalau parents nak jalan-jalan santai sambil shopping atau makan-makan atau lompat katak atau sebagainya ikut suka dan ikut keadaan. Huhuhu! Ring sling tu pulak praktikal kalau nak guna kat dalam rumah. Tapi nak bawak keluar jalan-jalan pun ok. Dan ada banyak lagi jenis carrier yang ergonomik untuk anak-anak. Boleh Google ya kawan-kawan. In fact, carrier lebih bagus dari stroller. Even kanak-kanak pun (bukan tahap baby) boleh digunapakai menda alah ni dengan alasan, merapatkan lagi kasih-sayang antara anak dan parents. Macam kes saya, ssc amat diperlukan sebab Khadeeja langsung banned stroller. Huh!
Cuma mungkinlah yang buat kita rasa liat nak membeli bila tengok harganya yang bukan murah. Bendanya simple je tapi harga memang tertelan-telan air liur (saya pun insan marhaen). Tapi demi anak ya kawan-kawan. Inipun boleh dikatakan keperluan dalam kehendak (macam mana tu?) juga.
Saya spread info ni pun atas misi kemanusiaan (Hahahah! Ayat dahsyat!). Tak ada unsur-unsur nak tunjuk pandai pun. Apalagi nak jadi keyboard warrior. Bukan apa, ada sesetengah orang bila tengok kita macam bodoh-bodoh alang, mulalah rasa pandai tahap profesor. Lepas tu, dok pung-pang hentam orang. Ouh! Tak boleh macam tu ya? Sila contohi pentegar gomen yang positif 24 jam. Kuikuikui....